Saturday, July 30, 2011

++SeDeY++

Dah hampir seminggu syamiel meninggal kenapa aku sentap sgt,arwah bkn sesiapa pown dgn aku & arwah pown tak pernah aku kenal,cuma aku tgk gmba dia dlm fb adda dan membaca komen2 ajer,tapi setiap kali aku teringat kannya aku jadi sedey, arwah bdk baik,meninggal xsiden motor bersama kwn perempuannya,tapi bdk perempuan tu hidup & kakinya terpaksa dipotong,hai bagaimana lah kehidupannya selepas nih,baru jer form 4...aku simpati tapi tak tau nk menolong mcmmaner.....apa pown sedekahkan al-fatihah kepada arwah syamiel Afifi...

++KaRaOkE IPK++

Hahahahhaa....sengal...



Bersama Azmir, pengadil wehhhh....
Org kuat Serdang...
yg nih pown kuat gak...
Pendaftaran...

Ahad lepas aku & the geng melepak di Shah Alam,sambil menghiburkan hati....huhuhuuuu....memberi sokongan & meriuhkan suasana...aku kalau menyanyi mau ribut taufan ler jwbnya...sore dh ler mcm katak dlm balang kaca....hehehe...dr pagi hingga ke mlm....apa2 pown layan jer lah gmba yg ader...

Monday, July 11, 2011

++BaGaiMaNa SaYa JuMpA JoDoH SaYa++

Lol contest ker??? nakkkk joinnn gakkkksss lah...aku ambik dr blog En. kuehbakar
tapi macam tak kena dengan tajuk lah plok...aku nak wat tajuk Bagaimana aku jumpa jodoh aku,saja mengada² nk cita sejarah silam aku yg tak berapa nk best nih......hahaha...nk start dari maner ya... hantam jer lah labuuu... layaaan ya geng..

Suami aku sebenarnya teman lelaki kawan baik aku julia, hehehehe..
Pautanmula-mula tengok dia, aku memang tak berkenan langsung,malah aku benci seribu kali benci sebab nya dia penjawat awam yg memang tak pernah masuk dalam senarai teman lelaki aku lah,kita orang jumpa kat kedai makan NARA di Damansara,saja julia ajak aku dan edda jalan-jalan cari makan, tapi aku bukannya perampas,julia dengan rela melepaskan dia kerana dia ada teman lelaki lain...jue mung jgn maroh akuh ya...

Hubungan aku dengan dia bermula di hari lahir aku,dia telefon aku ajak keluar,aku tak tau dari mana dia dapat no telefon aku,bab perpatah berkata nak seribu daya tak nak seribu dalih,tapi aku memang berdalih-dalih,aku tak suka dia, aku pernah mendengar orang berkata jangan membenci orang takut kita akan suka dengan nya satu hari nanti,aku tak keluar dengan nya, rupanya dia tak berputus asa dari jauh dia datang semata-mata nak jumpa aku...hehehehe sungguh romantik tapi aku tak suka yang romantik,aku jiwa rock & roll berserta keras hati...

Tiap-tiap hari dia akan telefon aku,malas nak layan tapi telefon berdering-dering abang aku marah bising anak dia nak tidur,dulu maner ada handphone ni,guna public phone dan telefon rumah jer lah,aku dah bosan sangat-sangat lah,hari-hari pulak tu dah macam punch card lah pulak,kadang-kadang aku saja aje balik lambat,tapi malam dia akan telefon juga,banyak-banyak teman lelaki yang aku ada dia aje yang aku tak suka,lagi aku tak suka lagi dia datang,sungguh gigih dia..

Dah penat telefon aku,dia datang pulak menjenguk aku ditempat kerja,aku dulu ada kerja part time kat klinik disebelah malam,dia akan tunggu aku balik dan belanja makan malam hantar aku balik,dan bila dia tak bertugas dia sanggup datang dari damansara ke pandan indah jauh tu,naik motor pulak,keperihatinan dia membuatkan aku tersentuh tapi bukan menyintainya,yang membuat kan aku tak boleh terima dia kerana kerjanya sebagai seorang penjawat awam,kebanyakannya yang aku lihat semua mereka tidak akan setia pada pasangannya, ikut kan hati hendak aje aku suruh dia cari kerja lain kalau dia nak kan aku...

Aku sememangnya sudah ada teman lelaki yang lain dan lain-lain,aku ada juga menyatakan bahawa aku sudah mempunyai teman lelaki tapi dia tak percaya, dan asyik aje mencari aku,aku yang memang tak pernah setia,aku ingat lagi kata-kata julia "kalau aku putus dengan dia aku tak kan bagi dia ada hubungan dengan kamu " mungkin aku nih ramai sangat kawan lelaki,dan mungkin juga julia ingat sidia terbaik.

Hari-hari berlalu dan aku semakin berbaik dengan dia,disebabkan dia suka melayan aku meronda-ronda dan makan-makan,kawan-kawan aku yang lain sudah aku tolak ketepi,cuma aku ada seorang teman lelaki bernama ahmad tapi ahmad tidak berkerja tetap,ibu aku pernah berpesan jangan berkawan dengan lelaki yang tidak berkerja nanti kita yang akan menyaranya...hehehe materialstik sungguh ibu aku itu.

Dalam masa 6 bulan dia sudah merangka ingin merisik aku,terpaksa lah aku membawa dia berjumpa dengan ibu aku dikampung,ibu memang tidak menerimanya sepenuh hati dia kerana kerjanya yang aku nyatakan,tapi apa kan daya sekurang-kurang nya dia ada kerja tetap yang akan menjamin masa depan aku nanti,setelah ibu nya datang meminang dan terus bertunang, selepas 6 bulan kemudian aku berkawin dengan nya.

Alasan yang aku berikan kepada ahmad ialah ini pilihan keluarga dan aku harus menerima nya dengan drama air mata,sungguh terharu aku melihat ahmad yang sedih itu,dalam hati aku kesian bercampur-campur berdosa menipunya dan terharu kerana ahmad sanggup datang di hari perkahwinan aku.

Sekian terima kasih macam cerita budak sekolah darjah satu jer aku nih kan....jangan gelakkkk...jgn gelakkk...disebab kan sebelum nih aku tak pernah setia dengan dia selepas kawin dia pulak melakukan pekara yang sama terhadap aku,memang betul jangkaan aku yang merasakan yang mereka tak reti nk setia pada isteri...dirmh lain & diluar lain...kenapa aku beranggapan begitu??? kerana kesemuanya berperangai sama sahaja,apasal aku emo plak nih...hehehehee...layannnnn jer lah

++MaLaS Nyaaa++

Malas yg amat sgt aku nih...naper ya...nk mkn pown malas,perut lapar tapi hati & fikiran aku tak mau mkn...bila fikir jer nk makan kt maner dh mula aku mual² kucing...otak aku automatik teringat bila aku mkn kt kopitiam terjumpa besi pemberus periuk..huhhh...eeewwwww...bila fikir nk mkn mee mamak tu aku pernh tergigit kulit telur dlm mee dia...eeewwwww gak...hoookkk tuuuiii...pantang aku kalau mkanan yg ader telur terggit kulit nya...fikir² nk mkn nasi kt kedai tepi tuh secara auto otak aku terbau air kencing tikus di kedainya,ader lagi satu,bila aku fikir nk mkn kfc oooohhhhh noooooo mmg aku xkn mkn lah bila teringat diaorg sapu ayam kt tapak kasut...huuuuuuuu..eeewwwww.....soooo disbb kan ini lah aku sanggup berlapor hingga ptg,ader gak sekali aku diserang gastrik disbbkan tak mkn tghari...yaaahhhhoooo padan muka lah....so aper nk mkn nih....♫♫♫♫....lalalalalalalalalala♫♫♫...

++PeMbuNuH++

Wajarkah? bayi yg tak bersalah dibunuh? wajarkah manusia yg melakukan kesalahan dibunuh? wajarkah org yg putus cinta membunuh diri? wajarkah dengki kan kemewahan org lain dibunuh?...mmg tak wajar tapi itu lah lumrah dunia sekarang ni.....huh berat sungguh cerita aku kali ini...tak sanggup rasanya memikirkan ramai yg mati dibunuh & membunuh...manusia yg membunuh manusia,macam nyawa senang dicari & diberi....manusia sanggup membunuh sbb duit,dpt duit bagi makan anak & isteri,aper hukumnya itu???..halal kah atau bagaimana?ader manusia sanggup membunuh sbb terdesak dgn kerja yg dilakukan? jahat sgt katanya malas nk simpan bunuh jer lah lagi senang...tutup cerita katanya...huhhhhh....ada juga yg merasakan apa yg dikandung 9 bulan itu bebanan,sanggup membunuh setelah dilahirkan...apa jenis manusia entah lah...dh merasa kesakitan melahirkan dan senang² ajer dibuang dilongkanglah,sungai lah...huhhhh...
kenapa ya...agaknya berapa byk mayat yg kita tak tau,sudah dibunuh dibuang didlm sungai,ditanam,kalau didlm takungan logi najis bagaimana pihak berkuasa nk mengetahuinya.....huhhhhh....okeh lah nk layan fast 5 jap,biar pown citer dh lama aku ttp tgk lagi & lagiiii...aku tak minat transformers lerrrr...layaannnn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...